Mulakan pendidikan
awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam Pra-Persekolahan.
Pendidikan Pra-Persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia
dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula
menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan
akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu
pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke
alam pendidikan formal.
Sebelum mendaftarkan anak
anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa
pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini
adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi
undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.