Pembelajaran lebih berkesan
apabila kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai deria seperti melihat,
mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu. Setiap deria ini adalah lorong atau
perantaraan pada otak. Lebih banyak lorong atau perantaraan yang terlibat, maka
lebih baik pembelajaran berlaku. Pembelajaran melalui deria menekankan
keperluan pelbagai media dan bahan bagi merangsang deria kanak-kanak. Oleh itu,
guru bertanggungjawab menyediakan media dan bahan bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran.
· Media tayang kaku: transperansi, slaid,mikrofilem
· Tayang bergerak: video, filem
· Grafik: lukisan, carta, graf, kartun
· Gambar kaku: foto, kad imbasan, poskad
· Bahan pameran 3D: model, boneka,
· Papan pameran: papan kapur, putih
· Audio:kaset,cd
· Cetak
No comments:
Post a Comment