Friday, 14 December 2012

Pendidikan Pra-Sekolah

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam Pra-Persekolahan. Pendidikan Pra-Persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

Monday, 10 December 2012

Jom Balik Kampung !

Salam...

Hari tu berkesempatan untuk balik kampung sekejap... masih terbayang keindahan kampung halaman...hanya gambar-gambar jadi pengubat rindu...cukup lah kan. Nanti jika diberi ruang dan waktu, kita balik kampung lagi !









WARGA PRASEKOLAH DALAM UNIFORM

wahh bergaya dalam uniform masing-masing!

Kami pun dalam 'UNIFORM" juga...meriahh warnanya kan :)

Hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun SKST

Salam...

Masa hari penyampaian hadiah akhir tahun yang lepas, Baby..anak cikgu, terlibat dalam persembahan tari menari..Comel tengok Baby menari...kecil-kecil dah ada bakat. Baby juga dapat hadiah anak patung. Tahniah Sayang !

semua pandai menari ..


comel tak saya menari?


kami pun pandai menari juga....


cikgu make-up kan

yee..saya dapat hadiah!

Cikgu echah n kak Zie menang acara berposing ! hehe



Anual Dinner SKST 2012


ANNUAL DINNER SEKOLAH KEBANGSAAN 
SERI TERENTANG 2012

Lokasi : Hotel Megaview Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tema : "Sedondon Seanggun dan Sekeluarga"


kami sedondon ! bersama kak Zie...amacam boleh jadi herion filem hisdustan tak? ;)

Baby pun nak jadi heroin filem hindustan....


Friday, 7 December 2012

ALAT BANTU MENGAJAR PRASEKOLAH


Pembelajaran lebih berkesan apabila kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai deria seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu. Setiap deria ini adalah lorong atau perantaraan pada otak. Lebih banyak lorong atau perantaraan yang terlibat, maka lebih baik pembelajaran berlaku. Pembelajaran melalui deria menekankan keperluan pelbagai media dan bahan bagi merangsang deria kanak-kanak. Oleh itu, guru bertanggungjawab menyediakan media dan bahan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran.

· Media tayang kaku: transperansi, slaid,mikrofilem
· Tayang bergerak: video, filem
· Grafik: lukisan, carta, graf, kartun
· Gambar kaku: foto, kad imbasan, poskad
· Bahan pameran 3D: model, boneka,
· Papan pameran: papan kapur, putih
· Audio:kaset,cd
· Cetak