Monday 19 November 2012

TAHNIAH !

Hari ni keputusan UPSR keluar, Sekolah Kebangsaan Seri Terentang tempat saya mengajar, seramai 20 orang mendapat 5A dan 9 orang 4A 1B. Walaupun saya bukan guru tahun 6, saya turut berbangga dengan pencapaian ini. Saya pasti guru-guru tahun 6 sudah buat yang terbaik untuk anak-anak muridnya. Terima kasih Cikgu. 

Jambangan bunga ni untuk semua Guru-guru Tahun 6 SKST, Tahniah semua !



Sunday 18 November 2012

Bacalah Anakku-Contoh Bunyi-bunyi fonik


Salam,

Dalam post yang lepas-lepas, saya ada menceritakan kaedah membaca dengan cepat iaitu dengan mengunakan kaedah fonatik atau fonik. Untuk memahami lebih lanjut mengenai kaedah ini, berikut disertakan video bagaimana bunyi huruf-hurif ini disebut. Sangat jelas dan mudah difahami. Diharap ibubapa boleh dapat manfaat daripadanya.



Saturday 17 November 2012

Situasi Sekarang : Masih dalam Proses Menyiapkan Assignment

Salam,

Sambil-sambil buat Assignment sambil mata menjeling tengok TV. Macam best pulak cerita melayu kat TV3 ni. "Sebelum Kiamat" tajuknya. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari dari cerita ni. Tadi masa tengok sekejap..mengalir juga air mata ni. 

Oklah tak nak ngomel banyak-banyak. Nak sambung buat kerja. Jumpa lagi esok! Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya ni.


Wednesday 14 November 2012

Lembaran Kerja : B. Melayu Prasekolah - Bahagian 2





Lembaran Kerja : B. Melayu Prasekolah - Bahagian 1





Latihan : Mari Mewarna





Kereta Kecil "Warna Merah"



JOM KARAOKE BERSAMA-SAMA!

Lagu ini merupakan lagu kegemaran anak-anak murid saya

HIMPUNAN LIRIK LAGU KANAK-KANAK

Kanak-kanak memang gemar dengan muzik, kalau ajar menyanyi cepat saja sudah pandai menyanyikannya. Dengan adanya lirik-lirik dibawah ini, diharap murid-murid dapat menghafal sesebuah lagu dengan mudah.

Lirik 1
"Bangun Pagi"
Bangun Pagi Gosok Gigi,
Cuci Muka Terus Mandi,
Pakai Baju Minum Susu,
Salam Ayah Dan Ibu,
Pergi Sekolah Jalan Kaki,
Jumpa Cikgu Depan Pintu,
Selamat Pagi Cikgu Sa'amah,
Selamat Pagi Cikgu Aishah,
Rajin Belajar Cikgu Ajar,
Pandai Tulis, Pandai Lukis,
Pandai Nyanyi, Baca Buku,
Semua Orang Suka Hati,
Kalau Kita Rajin Usaha,
Ibubapa Gembira,
Mari Kawan Sama-Sama,
Pasti Kita Berjaya !

Lirik 2
"Tangan Saya"
Tangan Di Kepalaku,
Di Muka Dan Di Bahu,
Di Pinggang, Di Sisi,
Di Belakang Ku Sembunyi,
Ku Angkat Tinggi, Jejari Ku Menari,
Ke Depan Tangan Ku,
Tepuk Tangan Bersama, Yes !

Lirik 3
"Mana Ibu"
Mana Ibu, Mana Ibu,
Di Sini, Di Sini,
Apa Khabar Awak,
Saya Khabar Baik,
Lari Sembunyi, Lari Sembunyi.
(Ulang Untuk Telunjuk, Hantu, Manis Dan Kelingking)

Lirik 4
"Tanya Sama Pokok"
Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goyang,
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.
Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air,
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair,
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang,
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.

Lirik 5
"Rumah Kecil Saya"
Rumah Kecil Saya, Ada Taman Bunga,
Bunga Warna Warni, Harum Dan Wangi,
Rumah Kecil Saya, Ada Tingkap Dua,
Langsir Warna Biru, Dibuat Ibu.

Lirik 6
"Rama-Rama"
Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,
Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.

Lirik 7
"Mata Saya"
Mata Saya Dua, Hidung Saya Satu,
Telinga Saya Dua, Kiri Dan Kanan,
Kaki Saya Dua, Pakai Kasut Baru,
Mulut Saya Satu, Tak Henti Makan.

Lirik 8
"Angkat Tangan"
Angkatlah Tangan Kanan,
Angkatlah Tangan Kiri,
Goyangkan Tangan Kanan,
Goyangkan Tangan Kiri,
Tunjukkan Kaki Kanan,
Tunjukkan Kaki Kiri,
Hentakkan Kaki Kanan,
Hentakkan Kaki Kiri.


Lirik 9
"Ikan Kekek"
Ikan Kekek Mak Iloi, Iloi,
Ikan Gelama Mak Ilai, Ilai,
Sungguh Cantik Adikku Amboi,
Tapi Ketawa Mengilai-Ngilai.
Ikan Kekek Mak Iloi, Iloi,
Ikan Gelama Mak Ilai, Ilai,
Kalau Adik Nak Jadi Pandai,
Mari Belajar, Janganlah Lalai.
Ikan Kekek Hoi !,
Ikan Kekek.......

Lirik 10
"Gajah"
Gajah Berkaki Empat,
Gelek, Gelek,
Gajah Belalai Panjang,
Gelek, Gelek,
Gading Dia Panjang,
Tapi Tidak Makan Orang,
Kalau Adik Ingin Tahu,
Apa Makanan Gajah,
La, La, La, La...................
Gajah Makan Tebu.

Lirik 11
"Gajah"
Apabila Bila Bulan Terang Berseri,
Seekor Gajah Keluar Menari,
Lenggok Ke Kanan, Dan Lenggok Ke Kiri,
Jemput Seekor, Keluar Menari.

Lirik 12
"Awan"
Awan Bergerak, Gerak,
Putih Seperti Kapas,
Rupa Cantik Bercorak,
Bergerak Dengan Bebas

Lirik 13
"Kereta Kecil"
Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon,
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik,
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek.

Lirik 14
"Ulat Gonggok"
Datanglah Ulat Gonggok,
Jalan Berlenggang Lenggok,
Di Manakah Kaki Saya,
Kalau Ia Tak Jumpa,
Kan Ku Cari Jua,
Walau Pun Ke Kampung Jawa,
Lompatlah, Lompatlah,
Di Manakah Kaki Saya,
Kalau Ia Tak Jumpa,
Kan Ku Cari Jua,
Walau Pun Ke Kampung Jawa.

Lirik 15
"Gajah"
Belalai Gajah Panjang,
Badan Hitam Besar,
Kaki Macam Tiang,
Dua Telinga Lebar,
Telinga Macam Kipas,
Jalan Bongkok-Bongkok,
Gajah Tidak Malas,
Kuat Tolak Pokok.

Lirik 16
"Bintang Kecil"
Bintang Kecil Di Langit Yang Tinggi,
Amat Indah Menghias Angkasa,
Aku Ingin Terbang Dan Menari,
Jauh Tinggai Di Tempat Kau Berada.

Lirik 17
"Bila Kita Berkumpul"
Bila Kita Berkumpul, Berkumpul, Berkumpul,
Bila Kita Berkumpul, Rasa Gembira,
Kawan Ku, Kawan Mu,
Kawan Mu, Kawan Ku,
Bila Kita Berkumpul Rasa Gembira.




Video Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah 2

Video Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

Tuesday 13 November 2012

Lawatan Sambil Belajar

Salam,

Bulan Oktober lepas kami kaum kerabat Prasekolah Sekolah Kebangsaan Seri Terentang Pekan, Pahang seramai 50 orang telah melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur. Lawatan Sambil Belajar ini dianjurkan sempena berakhirnya peperiksaan akhir tahun dan bagi mengisi masa dengan cara yang lebih manfaat dan berfaedah. Murid-murid didedahkan dengan persekitaran luar yang lebih nyaman dan hijau. Di samping itu, murid-murid ini juga dapat mengenali lebih dekat lagi tentang haiwan gajah ini serta habitatnya.

Dibawah ini, gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan di kemudian hari. Gambar-gambar ini diambil bersama dengan rusa-rusa jinak yang jugak terdapat di Pusat Konservasi Gajah ini. Gambar-gambar bersama gajahnya mana cikgu Aishah oii? :)

Tempat wajib bergambar , Mana cikgu Aishah ni? 
Murid-murid dah tak sabar nak masuk n tengok gajah


Saya bersama dengan rusa yang jinak

Bergambar dengan rusa-rusa yang jinak

Eh cikgu ! sentuh je tau, jangan kasi makan

Senyum siapa yang manis???

Suka benar dia dengan rusa ni

Muka dia lagi?

Sentuh jangan tak sentuh sayang oii

Apa yang suka sangat tu?

Eh boleh kasi makan ye?

Kaedah BIJAK dan CEPAT MEMBACA untuk murid Prasekolah


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan guru berkenaan cara dan kaedah Pandai dan Cepat membaca dengan berkesan melalui web yang saya baca iaitu www.cepatmembaca.blogspot.com Jadi bagi rakan-rakan seperjuangan bolehlah kita bersama-sama memantapkan lagi prestasi Murid Prasekolah pada tahun akan datang ini.

Kawan saya Malisa menggunakan kaedah ini kepada kedua-dua anak perempuan beliau berumur 4 dan 5 tahun, ternyata ianya amat berkesan sekali. Anak-anak beliau sudah pandai membaca dalam usia yang awal dan sangat suka membaca buku cerita.

KAEDAH FONETIK / FONIK GABUNGBUNYI Bacalah Anakku. Jadi, apa sebenarnya kaedah fonetik/fonik ni? Fonik bermaksud 'bunyi'.

Bunyi apa ye? Bunyi kuruf ke?

Mari saya jelaskan, kita ambil contoh perkataan 'ani'. Sebutkan. Sekarang, Apakah bunyi yang di dengar apabila menyebut perkataan 'ani'? Anda mungkin katakan ada bunyi /a/ dan /ni/. Boleh diterima. Tapi /ni / sebenarnya terdiri daripada 2 bunyi iaitu/n/ dan /i/. Jadi ada 3 bunyi paling kecil dalam 'ani'.

Mari kita ambil contoh perkataan lain, 'abang'. Cuba sebut bunyi-bunyi dalam 'abang'. /a/, /b/, /a/ dan /ng/. dalam 'abang' ada 4 bunyi sahaja walaupun ada 5 huruf.

Jadi setiap bunyi ini boleh di wakili oleh satu simbol(huruf). Bunyi/a/ diwakili huruf 'a'. Bunyi /n/ oleh huruf 'n', Bunyi /i/ oleh 'i'. Bunyi/b/ oleh 'b' dan bunyi /ng/ oleh 'ng'. Dan semua bunyi-bunyi ini adalah bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Dalam Kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu( 28 bunyi kesemuanya). Mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ (a, b, c) iaitu nama-nama huruf.

Jadi bagaimana mereka membaca? kanak-kanak diajar membaca dengan menggabung bunyi. Sebagai contoh /n/ kawan dengan /a/jadi /na/; /m/ kawan dengan /i/ jadi /mi/. Lebih logik, lebih mudah!

Tidak seperti Kaedah Mengeja(Kaedah Tradisional):

1. Kanak-kanak mesti hafal & kenal /ei/, /bi/, /si/ ... /zed/(a, b, c,...z) - 26 simbol kesemuanya dulu.

2. Seterusnya, kanak-kanak terpaksa menghafal pola-pola ejaan seperti b(bi) a(ei) ba, b(bi) i(ai) bi,b(bi) u(yu) bu,b(bi) e(e) be,b(bi) e(e) be, b(bi) o(o) bo. cuba kita bilang ada berapa banyak pola ejaan daripada ba bi bu be be bo sehingga za zi zu ze ze zo - 108 pola.

Bagaimana jika ditambah lagi dengan, ban bin bun ben ben bon...zan zin zun zen zen zon? tambah lagi 108 pola. Dan seterusnya…bal bil bul bel bel bol .... dan perbagai lagi akhiran sehinggalah bang bing bung beng beng bong. Dah habis bilang ke? Yup beratus-ratus pola untuk anak-anak kecil ini menghafal dengan tujuan supaya dapat membaca.

3. Setelah menghafal a, b, c dan pola-pola ejaan(suku kata terbuka dahulu) tadi barulah mereka diajar membaca perkataan.
Bagi perkataan 'baju', kanak-kanak yang menggunakan kaedah mengeja akan 'membatang' & 'mengeja suku kata' dulu , b(bi) a(ei) ba, j(jei) u(yu) ju. Kemudian undur balik sebut 'baju'.

Jelas kaedah mengeja lambat sebab kena masuk “gear reverse”. Untuk perkataan pendek, oklah lagi. Tapi untuk perkataan yang lebih panjang seperti 'menyeronokkan'? Mari kita cuba. Susahkan?Kena pandai pecah-pecahkan perkataan dan eja dulu. Kemudian“reverse”. Bila sampai waktu untuk membaca perkataan tersebut,kanak-kanak dah lupa apa yang disebut mula-mula. Cuba bayangkan kanak-kanak berumur 4 tahun menggunakan kaedah ini untuk belajar membaca. Boleh bukan tak boleh boleh, Cuma masa yang di ambil lama berbanding menggunakan kaedah fonik.Merangkak-rangkak membaca & membebankan memori.

Bagaimana pula dengan Kaedah Sukukata?

Bagi saya Kaedah Sukukata lebih kurang sama dengan Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata lebih mudah sedikit kerana tidak perlu mengeja pola sukukata terlebih dahulu. Dan bunyi huruf yang diajar dalam Kaedah Sukukata hanyalah huruf vokal aeiou sahaja. Seterusnya pelajar masih lagi perlu menghafal beratus-ratus pola sukukata terbuka & tertutup. Tak kiralah teknik apa yang digunakan, laguke, mimik muka ke, selagi kena hafal beratus pola, kaedah tersebut akan membawa kepada, buta huruf, lambat membaca dan tak minat membaca.


Kecil-kecil dah pandai membaca...



Ciri-ciri Guru Prasekolah


1. Memahami keupayaan kanak-kanak
2. Memahami aras pemikiran kanak-kanak
3. Memahami kelangsangan kanak-kanak
4. Memahami gerak emosi kanak-kanak: Pembelajaran nilai
5. Memahami pendekatan belajar
6. Memahami perasaan ingin tahu kanak-kanak
7. Memaham kadar pemikiran kanak-kanak yang berlainan

Adakah saya tergolong dalam ciri-ciri ini?

Monday 12 November 2012

Pertandingan Prasekolah Terbilang Negeri

Salam,

Dah makan tengahari ke? Tengahari ni nak berkongsi gambar sedikit semasa proses pemantauan oleh Pegawai JPN untuk Pertandingan terbilang Negeri. Masa ni semua cikgu berdebar-debar. Apalah agaknya komen mereka ye? ;)



Berdebar-debar ye Puan Mazilah?

Betul tak saya buat tu? 

Kena ambil gambar ni, pemadam api pun glamer ye?


Ini lah saya dan rakan-rakan seperjuangan !

Salam,

Macamlah popular sangat ye saya nak main teka-teka? :) Saya hanyalah seorang Guru Prasekolah, yang sangat berdedikasi terhadap kerjaya dan sangat mencintai kanak-kanak. Foto-foto di bawah ialah gambar saya bersama rakan-rakan seperjuangan. Inilah keluarga kecil kami di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang Pekan, Pahang Darul Makmur.

Bersama Puan Mazilah di dalam kelas


Bersama Puan Mazilah ketika sambutan AidilFitri 2012


Bersama rakan-rakan Guru Prasekolah 2011


Siapa Saya?


Salam,

Berikut adalah serba sedikit mengenai diri saya :

Nama saya ialah Aishah Binti Ahmad. Berasal dari Pekan,Pahang Darul Makmur, (satu kampung dengan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib ). Sekarang menetap dan mengajar di sini juga. Mengajar Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, Pekan Pahang.

Bekerja dengan ikhlas sebagai seorang guru prasekolah. Telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya meminati kanak-kanak dan setiap hari saya bergelumang dengan kanak-kanak. Setiap hari persekolahan, tugas saya adalah mendidik kanak-kanak prasekolah dan melayan kerenah mereka. Habis waktu persekolahan pula, masa saya melayan dan bermain dgn anak saya.

Anak-anak kecil ini seperti kain putih. Sama-samalah kita mencoraknya dengan warna-warna yang baik.




Saturday 10 November 2012

BIDANG TUGAS GURU PRA-SEKOLAH


Assalamualaikum,

Malam ni nak bercerita sedikit tentang tugas-tugas seorang guru Pra-Sekolah ni. Mungkin ramai yang dah tahu tapi kurang jelas, di sini saya senaraikan secara teperinci setiap tugas yang dijalankan. Tentu sesetengah orang berfikir mudah aja menjadi guru Pra-Sekolah ni, sebenarnya tidak. Ianya lebih mencabar kerana di sinilah bermula segala-galanya.

SENARAI TUGAS GURU PRASEKOLAH


Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Dalam Membantu Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:

PENGURUSAN PRASEKOLAH

A. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH
1) Menyediakan Rancangan Tahunan
·                     Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD
·                     Hadir mesyuarat / Bengkel
·                     Mengadakan perbincangan utk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir thn.
·                     Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema
·                     Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK
·                     Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema
·                     Cetak dan bukukan, 1 salinan dihantar kpd PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar 

2) Menyediakan Rancangan Harian
·                     Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu
·                     Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan   
                      tema
·                     Membina BBM yang sesuai
·                     Menyediakan lembaran kerja
·                     Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian
·                     Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kpd GB untuk semakan dan pengesahan

3) Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah.
·                     Menjalankan set induksi
·                     Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yg telah dirancang
·                     Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar
·                     Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid
·                     Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
·                     Membuat refleksi

4) Membuat Penilaian Murid.
·                     Mengenalpasti murid yang hendak dinilai
·                     Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid
·                     Menentukan jenis rekod
·                     Membuat catatan dan melengkapkan rekod
·                     Kemaskini rekod
·                     Simpan dalam fail peribadi murid

B. PENGURUSAN KOKURIKULUM
1) Merancang Takwin Tahunan
·                     Terima takwim sekolah, daerah dan negeri
·                     Membina takwim thnan Prasekolah selaras dgn takwim sekolah, daerah dan negeri
·                     Memurnikan takwim yang dibina
·                     Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas
·                     Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN
·                     Melaksanakan aktiviti yang dirancang
·                     Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD

2) Pengurusan Sukan & Motivasi Murid
·                     Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum
·                     Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD
·                     Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD
·                     Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana
·                     Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan
·                     Melaksanakan aktiviti yang dirancang
·                     Mesyuarat penambahbaikan

3) Merancang dan melaksanakan Aktiviti Rekreasi
·                     Menubuhkan jawatankuasa lawatan
·                     Merancang tempat dan tarikh lawatan
·                     Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati
·                     Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD
·                     Memberi taklimat kepada ibu bapa
·                     Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga
·                     Menghantar surat makluman ke tempat lawatan
·                     Menguruskan pengangkutan
·                     Membuat lawatan
·                     Menyediakan laporan dan dokumentasi

C. PENGURUSAN MURID
1) Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah
·                     Menerima surat arahan daripada PPD
·                     Mengiklankan pengambilan murid
·                     Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan
·                     Merekod borang permohonan yang dikembalikan
·                     Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan
·                     Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan
·                     Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan
·                     Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa
·                     Hantar laporan kepada PPD

D. PENGURUSAN PRASARANA
1) Mewujudkan suasana kelas yang kondusif
·                     Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan
·                     Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah
·                     Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat
·                     Melabelkan pusat-pusat pembelajaran
·                     Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran
·                     Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran

2) Mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat
·                     Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah
·                     Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang
·                     Memastikan peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dgn baik dan selamat
                      digunakan
·                     Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir
·                     Melabelkan semua peralatan

E. PENGURUSAN KEWANGAN
1) Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah
·                     Menyenaraikan semua barang keperluan
·                     Membuat nota minta
·                     Berbincang dengan GB
·                     Mengisi borang pesanan
·                     Terima barang dan rekod dalam buku stok

2) Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah)
·                     Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah
·                     Berbincang dengan Guru Besar
·                     Membuat pembentangan ABM dlm Mesyuarat Pengurusan Prasekolah  di peringkat  
                      sekolah
·                     Menyimpan salinan ABM, satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah

3) Penyelenggaraan kelas prasekolah.
·                     Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa
·                     Menyenaraikan peralatan yang rosak
·                     Menyediakan laporan kerosakan
·                     Hantar laporan kepada pihak pentadbir
·                     Simpan di dalam fail sebagai rekod

F. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1) Pembimbing Pembantu Pengurusan Murid
·                     Menerima senarai tugas PPM daripada GB
·                     Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM
·                     Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya
·                     Memastikan PPM melaksanakan tugas dan menyemak laporan tugasan harian PPM
·                     Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM

2) Merancang Menu
·                     Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM
·                     Menyusun jadual menu
·                     Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM
·                     Serah resepi yang lengkap pada PPM
·                     Pamerkan menu di tempat yang sesuai

G. PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI
1) Menguruskan Hari Terbuka
·                     Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah
·                     Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa
·                     Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid
·                     Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani
·                     Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa

BIDANG TUGAS UMUM
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Raub, Unit Prasekolah dan Guru Besar.