Tuesday 13 November 2012

Kaedah BIJAK dan CEPAT MEMBACA untuk murid Prasekolah


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan guru berkenaan cara dan kaedah Pandai dan Cepat membaca dengan berkesan melalui web yang saya baca iaitu www.cepatmembaca.blogspot.com Jadi bagi rakan-rakan seperjuangan bolehlah kita bersama-sama memantapkan lagi prestasi Murid Prasekolah pada tahun akan datang ini.

Kawan saya Malisa menggunakan kaedah ini kepada kedua-dua anak perempuan beliau berumur 4 dan 5 tahun, ternyata ianya amat berkesan sekali. Anak-anak beliau sudah pandai membaca dalam usia yang awal dan sangat suka membaca buku cerita.

KAEDAH FONETIK / FONIK GABUNGBUNYI Bacalah Anakku. Jadi, apa sebenarnya kaedah fonetik/fonik ni? Fonik bermaksud 'bunyi'.

Bunyi apa ye? Bunyi kuruf ke?

Mari saya jelaskan, kita ambil contoh perkataan 'ani'. Sebutkan. Sekarang, Apakah bunyi yang di dengar apabila menyebut perkataan 'ani'? Anda mungkin katakan ada bunyi /a/ dan /ni/. Boleh diterima. Tapi /ni / sebenarnya terdiri daripada 2 bunyi iaitu/n/ dan /i/. Jadi ada 3 bunyi paling kecil dalam 'ani'.

Mari kita ambil contoh perkataan lain, 'abang'. Cuba sebut bunyi-bunyi dalam 'abang'. /a/, /b/, /a/ dan /ng/. dalam 'abang' ada 4 bunyi sahaja walaupun ada 5 huruf.

Jadi setiap bunyi ini boleh di wakili oleh satu simbol(huruf). Bunyi/a/ diwakili huruf 'a'. Bunyi /n/ oleh huruf 'n', Bunyi /i/ oleh 'i'. Bunyi/b/ oleh 'b' dan bunyi /ng/ oleh 'ng'. Dan semua bunyi-bunyi ini adalah bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Dalam Kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu( 28 bunyi kesemuanya). Mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ (a, b, c) iaitu nama-nama huruf.

Jadi bagaimana mereka membaca? kanak-kanak diajar membaca dengan menggabung bunyi. Sebagai contoh /n/ kawan dengan /a/jadi /na/; /m/ kawan dengan /i/ jadi /mi/. Lebih logik, lebih mudah!

Tidak seperti Kaedah Mengeja(Kaedah Tradisional):

1. Kanak-kanak mesti hafal & kenal /ei/, /bi/, /si/ ... /zed/(a, b, c,...z) - 26 simbol kesemuanya dulu.

2. Seterusnya, kanak-kanak terpaksa menghafal pola-pola ejaan seperti b(bi) a(ei) ba, b(bi) i(ai) bi,b(bi) u(yu) bu,b(bi) e(e) be,b(bi) e(e) be, b(bi) o(o) bo. cuba kita bilang ada berapa banyak pola ejaan daripada ba bi bu be be bo sehingga za zi zu ze ze zo - 108 pola.

Bagaimana jika ditambah lagi dengan, ban bin bun ben ben bon...zan zin zun zen zen zon? tambah lagi 108 pola. Dan seterusnya…bal bil bul bel bel bol .... dan perbagai lagi akhiran sehinggalah bang bing bung beng beng bong. Dah habis bilang ke? Yup beratus-ratus pola untuk anak-anak kecil ini menghafal dengan tujuan supaya dapat membaca.

3. Setelah menghafal a, b, c dan pola-pola ejaan(suku kata terbuka dahulu) tadi barulah mereka diajar membaca perkataan.
Bagi perkataan 'baju', kanak-kanak yang menggunakan kaedah mengeja akan 'membatang' & 'mengeja suku kata' dulu , b(bi) a(ei) ba, j(jei) u(yu) ju. Kemudian undur balik sebut 'baju'.

Jelas kaedah mengeja lambat sebab kena masuk “gear reverse”. Untuk perkataan pendek, oklah lagi. Tapi untuk perkataan yang lebih panjang seperti 'menyeronokkan'? Mari kita cuba. Susahkan?Kena pandai pecah-pecahkan perkataan dan eja dulu. Kemudian“reverse”. Bila sampai waktu untuk membaca perkataan tersebut,kanak-kanak dah lupa apa yang disebut mula-mula. Cuba bayangkan kanak-kanak berumur 4 tahun menggunakan kaedah ini untuk belajar membaca. Boleh bukan tak boleh boleh, Cuma masa yang di ambil lama berbanding menggunakan kaedah fonik.Merangkak-rangkak membaca & membebankan memori.

Bagaimana pula dengan Kaedah Sukukata?

Bagi saya Kaedah Sukukata lebih kurang sama dengan Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata lebih mudah sedikit kerana tidak perlu mengeja pola sukukata terlebih dahulu. Dan bunyi huruf yang diajar dalam Kaedah Sukukata hanyalah huruf vokal aeiou sahaja. Seterusnya pelajar masih lagi perlu menghafal beratus-ratus pola sukukata terbuka & tertutup. Tak kiralah teknik apa yang digunakan, laguke, mimik muka ke, selagi kena hafal beratus pola, kaedah tersebut akan membawa kepada, buta huruf, lambat membaca dan tak minat membaca.


Kecil-kecil dah pandai membaca...



1 comment:

  1. Saya bersetuju dengan pandangan tu, selagi kena menghafal banyak benda, pelajar melayu tentu tidak akan menguasai kaedah itu sepenuhnya kerana ...kena hafal kan.

    ReplyDelete